KEBAIKAN ‘jika saya menyewa bilik..’

Anda sudahpun bekerja, baru-baru nak merasa duit gaji. Tambahan pula waktu PKP yang lalu ramai yang baru berkahwin dan mula nak bina keluarga sendiri. Jadi, perasaan nak berdikari itu mesti membuak-buak kan? Tetapi, baru setahun jagung kerja, anda mungkin belum bersedia MEMBELI  RUMAH betul tak? Solusinya, MENYEWALAH dulu! Sebenarnya proses menyewa ini tak banyak songeh pun, cuma kena betul-betul teliti.
.
Tak kisahlah anda seorang pelajar, bujang atau baru berkahwin, boleh jadi anda terlepas pandang tentang keperluan perabot dan kelengkapan rumah yang anda nak sewa itu.
.

1. Kos belanja masuk rendah

Satu benda yang anda kena tahu sebelum pindah rumah adalah, harga kelengkapan rumah sememangnya tidak murah. Peti ais, katil, tilam, lampu dan TV sahaja kesemuanya mampu mencecah lebih dari RM8,000 tau!
.
Sudahlah berhabis bayar deposit kena fikir pula kos belanja perabot dan kelengkapan lain. Serabutnya! Tak perlu pening-pening lagi, sewa saja bilik fully furnished.
Dekat mana-mana pun, kos sewa rumah yang lengkap ini memang 20%-40% lebih mahal daripada rumah kosong. Tuan rumah akan mengambil kira sekali kos penyelenggaran atau kerosakan.
.

2. Jimat masa & tenaga

Proses mencari rumah sewa itu sendiri pun sudah makan masa. Tambahan pula rumah sewa anda serba tak cukup. Terpaksa cari masa nak survey harga dan kualiti barang-barang rumah pula. “Apa nak susah, beli sajalah secara atas talian”. Ya! Tak dinafikan jualan online shopping sekarang ini sedang menggila. Tapi, bila sampai saja barang, siapa nak pasang? Pasanglah sendiri! Beli perabot kecil takpe lagi, kalau gedabak besar, makan masa berminggu juga nak siap. Silap-silap boleh patah pinggang!
.
Dengan rumah fully furnished, anda hanya perlu bawa badan dan pakaian sahaja. Mudah kan?
.

3. Pilihan tepat untuk penyewa sementara

Selalunya, rumah fully furnished ini memang tinggi permintaan dari kalangan penyewa jangka masa pendek seperti 6 bulan atau setahun. Mereka biasanya akan berpindah randah selepas tempoh sewaan tersebut. Proses melengkapkan rumah ini mengambil masa berbulan-bulan juga. Bila tiba masa nak pindah, dah kena angkut barang sana-sini. Buat apa nak susahkan diri kalau setakat nak duduk 6 bulan saja?
.
Jadi, di rumah fully furnished, anda bukan sahaja lapang fikiran, malah anda akan rasa lebih selesa untuk mulakan kehidupan baru. Kenalah bersedia mental dan fizikal kan?
.

4. Bebas kos penyelenggaran

Menyediakan kelengkapan rumah yang selesa dan berfungsi sepenuhnya adalah tanggungjawab tuan rumah. Jadi, kos penyelenggaran peralatan rumah bukan tangunggjawab anda sebagai penyewa. Kalau ada berlaku kelengkapan rumah yang kurang berfungsi seperti aircond tak sejuk atau kipas semakin perlahan ke, tak perlu susah-susah cari mekanik sendiri. Hubungi saja tuan rumah. Anda? Goyang kaki!
Jangan risau, tuan rumah memang perlu jaga kebajikan penyewa mereka kalau tak nak penyewa lari, betul tak?
.

5.Tiada Cukai Tahunan Yang Perlu Dibayar

Ramai yang terlupa bahawa sebagai pemilik rumah, mereka wajib membayar pelbagai cukai dan bayaran tambahan secara tahunan selain daripada bayaran ansuran pinjaman hartanah kepada bank.

Antaranya adalah cukai pintu, cukai tanah dan sinking fund. Dengan menyewa, anda tidak perlu terfikir untuk membayar semua cukai dan kos itu.

LANGGAN NEWSLETTER

Dapatkan tawaran & info terkini dari Bilik Sewa Tanjung Malim