DURIAN DI TANJUNG MALIM

Musim durian datang lagi!!! Durian adalah raja buah yang mempunyai aroma yang sangat kuat dengan rasa lemak berkrim yang sangat enak.  Oleh sebab itu, ada sesetengah orang yang tidak suka akan aromanya yang begitu menyengat apa lagi untuk menjamahnya. Namun tahukah anda, raja buah ini mempunyai banyak khasiat dan manfaat kesihatan yang luar biasa?

Buah durian mempunyai banyak vitamin seperti vitamin C, asid folik, thiamin, riboflavin, niacin, B6 dan vitamin A. Mineral penting seperti kalium, besi, kalsium, magnesium, soidum, zink, fosforus juga terdapat pada durian. Ia juga mengandungi nutrien seperti phytonutrients, air, protein dan serat pemakanan bermanfaat.

Di Tanjung Malim, bila tiba musimnya kita boleh membeli dan menikmati buah durian yang segar di sepanjang jalan Tanjung Malim berdekatan Taman Universiti. Sedaaap! easainya hari ini.

 

TONTON Video kami di TikTok