BLOG

3 tempat menarik di tanjung malim. Jom singgah weih!

Tanjung Malim ialah sebuah bandar utama di dalam daerah Mualim.

Bandar ini cukup dikenali dan terkenal dengan sejarah penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada sekitar tahun 1922. Bersesuaian dengan keperluan semasa, MPSI kini telah pun dikenali dengan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). 

Oh! Tanjung Malim

Ayuh kami kongsikan 3 tempat menarik di Tanjung Malim yang wajib anda lawati di Tanjung Malim.

1. UPSI Adventure Park (UAP)

UPSI Adventure Park telah pun siap dibina pada tahun 2017. UAP berjaya menjadi universiti awam pertama di Asia yang mempunyai taman rekreasi dengan kemudahan yang lengkap.

Apa yang menarik adalah ia juga merupakan taman rekreasi pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi ‘zip stop’ bagi operasi aktiviti flying fox. 

 

Dengan teknologi itu, sistem mekanikal yang digunakan dapat membantu menghentikan peserta tanpa kawalan jurulatih dengan selamat.

UAP boleh menampung sehingga 200 orang dalam satu-satu masa dan UPSI mahu menjadikan ia sebagai salah sebuah pusat rekreasi terbaik dan terkenal di negara ini.

2. Taman Tasik Embayu

Taman Tasik Embayu ialah sebuah tasik buatan yang luas dengan pelbagai kemudahan rekreasi untuk penduduk tempatan di Tanjung Malim. 

Taman ini merupakan sebahagian daripada bandar terancang Proton City. Menambah lagi kecantikannya, taman ini kelilingi dengan pelbagai rumah-rumah banglo mewah yang cantik dan menarik hati.

Berbagai kemudahan rekreasi juga disediakan di taman ini. Semua aktiviti riadah, berkelah dan bermain di taman permainan dapat dinikmati oleh semua pengunjung.

Dengan keindahan pemandangan luas persekitaran berlatarbelakangkan bukit-bukau turut menambahkan lagi keindahan tempat ini di mata semua.

3. Tapak perkelahan Sungai Bil

Tarikan alam semulajadi Tanjung Malim yang popular ialah tapak perkelahan Sungai Bil. 

Keindahan sungai yang tenang dengan air yang jernih amat sesuai untuk semua pengunjung meluangkan masa bersama-sama keluarga atau teman-teman tercinta. 

Permukaan sungai berbatu-batu dan di sekelilingnya ditumbuhi pokok menghijau, amat menenangkan jiwa.

Di sini, kemudahan awam seperti tandas, ruang rehat, kemudahan barbeku, kedai makanan, gerai minuman dan sebagainya turut disediakan.

Jika ada keinginan untuk bermandi manda di sungai di Tanjung Malim, bolehlah ke sini untuk merasainya sendiri. Penat, datang dan berehatlah di biliksewatanjungmalim.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tempahan bilik secara online

Hi..Salam Sejahtera. Tempahan bilik sewa untuk semester baru, kini dibuka.  Apa pilihan bilik yang ada? Kunjungi website kami https://biliksewatanjungmalim.com/ Terima kasih.

rosak? kami baiki segera.

“Plug tidak berfungsi. Lampu tiba-tiba tak menyala. Saluran paip tersumbat.Pembaikan pintu.Tingkap rosak.“ Berbagai kerja-kerja pembaikan dan pendawaian elektrik antara yang

LANGGAN NEWSLETTER

Dapatkan tawaran & info terkini dari Bilik Sewa Tanjung Malim

Open chat
1
Selamat datang...
Sila klik utk mendapatkan respond segera dari kami ye!
Powered by